EKSPERIMEN menyediakan sampel etanol dan menyiasat sifat kimia etanol


EKSPERIMEN 3
 



1.TAJUK
Alkohol, Ester dan Amida

2.TUJUAN
Untuk menyediakan sampel etanol dan untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol

3.PENGENALAN

Etanol adalah salah satu tindak balas organik yang terawal yang digunakan oleh manusia. Kesan-kesan yang memabukkan penggunaan etanol telah dikenali sejak zaman kuno. Etanol telah digunakan oleh manusia sejak zaman prasejarah sebagai bahan yang memabukkan. Sisa-sisa kering pada tembikar berusia 9000 tahun ditemui di China membayangkan bahawa orang Neolitik yang digunakan minuman beralkohol. Walaupun penyulingan diketahui oleh orang Yunani awal dan orang-orang Arab, pengeluaran pertama yang direkodkan alkohol dari anggur suling oleh Sekolah alchemists Salerno dalam abad ke-12.
 Etanol, juga dikenali sebagai etil alkohol. Sifat-sifat etanol adalah ,  mudah terbakar, cecair tanpa warna dan mempunyai  bau yang tajam. Etanol boleh larut apabila bercampur dengan air sepenuhnya untuk membentuk satu larutan homogen.  Ia terbakar dalam udara dengan nyalan biru untuk menghasilkan karbon dioksida dan air.
Kerana sifat-sifat yang ada pada etanol,dan seuai  juga  dikenali sebagai jenis alkohol yang terdapat dalam minuman beralkohol, ia juga digunakan dalam termometer, sebagai pelarut, dan sebagai bahan api. Etanol telah digunakan sebagai bahan api lampu di Amerika Syarikat seawal sebagai 1840. Kereta Ford Model T menggunakan  etanol sehingga 1908 Dalam penggunaan biasa, Bir dan wine  merupakan hasil yang diperolehi daripada proses  penapaian glukosa dengan yis. Yis mengandungi enzim yang menjadi pemangkin kepada pecahan glukosa kepada etanol dan karbon dioksida. Dalam eksperimen ini, suatu larutan glukosa yang dibiarkan untuk menapai. Pelajar kemudian menguji produk penapaian. , etanol yang bertujuan untuk kegunaan industri juga dihasilkan daripada etilena. Etanol telah digunakan secara meluas sebagai pelarut penggunaannya , termasuk aroma, perisa, pewarna, dan ubat-ubatan. Dalam bidang kimia, ia penting untuk sintesis produk-produk lain. Ia dijadikan sebagai bahan api untuk menghasilkan  haba dan cahaya, dan baru-baru ini sebagai bahan api untuk enjin pembakaran dalaman.
            Ethanol adalah alkohol rantai lurus, dan formula molekul ialah C
HOH. Formula empirik adalah CHO. ,CHɜ-CH-OH, yang menunjukkan bahawa karbon kumpulan metil (CHɜ)
    
 


 


 
Molekul etanol
Formula struktur bg etanol



Bagi membuktikan bahawa etanol dapat dihasilkan melalui proses –proses tertentu, satu eksperimen telah dijalankan didalam makmal dengan mencampurkan menjalankan proses penapaian larutan glukosa dengan yis dan seterusnya menjalankan proses penyulingan berperingkat.seterusnya hasilnya diuji untuk melihat kebolehbakaran dan sifat kimia bahadengan menggunakan larutan kalum permaganat(VI) . eksperimen ini telah dijalankan di dalam makmal dengan menggunakan radas dan bahan yang sesuai diikuti dengan langkah-langkah tertentu seperti berikut.




      4.  Eksperimen A – menyediakan sampel  etanol

4.1 RADAS:
1.    kelalang kon 150 cm³
2.    Tiub penyambung dengan penyumbat getah
3.    Penimbang digital
1.    Kelalang kon 150 cm³
2.    2 Bikar 500 cm³
3.    Selinder penyukat 50 cm³
4.  Kelalang penyulingan
5.  Tiub penyambung dengan penyumbat getah
6.  Termometer
7.  condenser liebig
8. Turus pemeringkat
9. Kaki retort dengan pengapit
10. Tungku kaki tiga
11. Kasa dawai
12. Penunu Bunsen
13. Corong turas
14. Kertas turas
15. Taubung didih

           4.2 BAHAN
1.    20g serbuk glukosa CH₁₂O
2.    10 gram Yis
3.    150cmᶟ air suling
4.    Air kapur
5.    Air suam (35ᵒC)




        5.PROSEDUR

1.    20g serbuk glukosa ditimbang menggunakan penimbang digital
2.    Larutan glokosa CH₁₂O dilarutkan dalam 150cmᶟ air suling di dalam sebuah kelalang kon.
3.    Air suam (35ᵒC) dimasukkan ke dalam 10g yis.dan dikacau sehingga sebati.
4.    Campuran air suam dan yis dimasukkkan ke dalam kelalang kon,  larutan glukosa ditambahkan ke dalam kelalang kon dan digoncangkan dengan baik.
5.    Kelalang kon ditutupkan dengan gabus yang telah dipasangkan dengan salur penghantar .Hujung salur penghantar yang satu lagi dimasukkan  ke dalam air kapur yang terkandung dalam sebuah tabung didih.
6.    Susunan radas seprti dalam rajah disediakan.
7.    Perubahan pada warna air kapur diperhatikan.
8.    Tutup gabus di buka dan proses pembuakan larutan yang berlaku  dibiarkan seketika sehingga selesai.
9.    Penutup kabus yang dipasang dengan salur penghantar dipasang semula
10.  Susunan radas seterusnya diletakkan  ditempat yang hangat pada suhu kira-kira 30ᵒC selama  4 hingga 5 hari
11. Perhatikan sebarang perubahan yang berlaku.



 
 
RAJAH 1: Radas  penapaian etanol menggunakan glukosa dan yis

 
 
12. Sebarang perubahan yang berlaku diperhatikan dari semasa ke semasa.
13. Selepas itu, kandungan di dalam kelalang kon dituraskan.
14. Hasil turasan dikumpul dan dipindahkan ke dalam sebuah kelalang penyulingan.
15. Susunan radas seperi rajah 2 bagi penyulingan berperingkat disediakan.



RAJAH 2: Radas proses berperingkat menghasilkan etanol
 





 
16. Hasil turasan dalam kelalang penyulingan dipanaskan dengan menggunakan      kukus air.
17. Hasil sulingan pada suhu 78ᵒC hingga 80ᵒC dikumpulkan di dalam sebuah   
 kelalang    kon yang kecil.
18.    Pemerhatian dilakukan dari segi warna ,keadaan fizik dan bau ke atas hasil         sulingan



6.    KEPUTUSAN

KEADAAN

PEMERHATIAN

Larutan glukosa di campur dengan yis




Pembuakan berlaku
Gelembung gas keluar dari tiup kaca pada air kapur.


Campuran glukosa dan yis selepas dibiarkan selama 2 minggu




Terdapat dua lapisan
1.    Lapisan atas cecair jernih bewarna kuning muda (etanol)
2.    Lapisan bawah-mendakan berwarna kuning

3.    Bau larutan seperti bau cuka.

4.    Air kapur berubah warna dari jernih menjadi keruh




Hasil sulingan pada suhu 78ᵒC hingga 80ᵒC





Warna larutan jernih terkumpul dalam kelalang kon
(etanol yang tulen)
RAJAH 3 :Pemerhatian yang diperolehi  dalam 
                menghasilkan sampel etanol



BAHAGIAN B1 :  MENYIASAT KEBOLEHBAKARAN ETANOL
            RADAS
1.    sebuah mangkuk pijar
2.    kayu api berbara
BAHAN
10cm3 etanol

         PROSEDUR
1.    2cmᶟ yang telah diperolehi daripada proses penyulingan di tuang ke dalam mangkuk pijar.
2.    Etanol diuji dengan kayu uji berbara.
3.    Pemerhatian dilakukan ke atas nyalaan .

RAJAH 4: menguji  pembakaran etanol
                 menggunakan  kayu uji berbara.
 



 
KEPUTUSAN

UJIAN
PEMERHATIAN

kemudahbakaran

Sangat mudah terbakar

             Warna nyalaan

Biru

             kejelagaan

Tiada jelaga

RAJAH 5: Keputusan   ujian terhadap  nyalaan etanol
 


      BAHAGIAN B2:    MENYIASAT PENGOKSIDAAN ETANOL
1.    RADAS:
2.    Tabung didih
3.    Penitis
4.    Kaki retort dan pengapit
5.    Bikar 500cmᶟ
6.    Penunu Bunsen
7.    Tungku kaki tiga
8.    Penutp gabus yang dipasang dengan salur kaca
9.    Selinder penyukat

     2.BAHAN
1.    10cmᶟ larutan kalium dikromat(VI)  KCrO
2.    10 titis asid sulfirik pekat
3.    3cmᶟ etanol

3.    PROSEDUR
1.    10cmᶟ larutan kalium dikromat(VI)  KCrO dimasukkan ke dalam tabung didih.
2.      10 titis asid sulfirik pekat dititiskan ke dalam tabung didih menggunakan penitis.
3.      3cmᶟ etanol dimasukkan ke dalam campuran larutan.
4.      Susunan radas seperti dalama rajah 6 di bawah disediakan
5.      Tabung didih yang mengandungi campuran larutan di didihkan  sehingga larutan mendidih.
6.      Hasil larutan yang dididihkan dihidu untuk mengesan baunya.


RAJAH 6: Radas menguji tindakbalas pengoksidaan etanol
 






 


4.    KEPUTUSAN

SEBELUM
SELEPAS

        Warna jingga/perang
      




         Warna hijau kekuningan
         Berbau wangi
RAJAH 7: Pemerhatian ke atas larutan kalium
                dikromat(vI) , asid sulfuric dan etanol



7.    SOALAN

1.Nama  enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa kepada  etanol
   Enzim zimase


2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk mewakili penguraian glukosa
kepada etanol.
yis
 


C H₁₂O₆(aq)                             2CHOH(aq)  +  2CO(g)

3. Terangkan penggunaan penyulingan berperingkat  dalam eksperimen ini.

 Tujuan penyulingan berperingkat adalah untuk mengasingkan CHOH  daripada bercampur dengan glukosa CHOH dan air.HO

4. Tulis persamaan kimia yang  seimbang untuk mewakili pembakaran etanol

 CHOH  + 3 O                     2 CO  + 3HO





5. Apakah fungsi larutan kalium  permanganat dalam eksperimen ini.

    Untuk mengoksidakan etanol

6. Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol

       C2H5OH  +  2O                    CH3COOH    +  H2O                                     


7. Ramalkan pemerhatian anda apabila radas seperti gambarajah 1 disediakan dan  dibiarkan selama   lebih daripada seminggu.Jelaskan jawapan anda.

Dua lapisan terbentuk. Lapisan atas adalah cecair jernih yang  berwarna sedikit kekuningan dan lapisan bawah adalah mendakan kuning. Ini menunjukkan bahawa glukosa dan yis telah bertindakbalas dan proses penapaian telah pun berlaku. Air kapur dalam tabung didih yang disambung dengan salur penghantar menjadi keruh.Ini menunjukkan bahawa karbon dioksida telah dibebaskan semasa proses penapaian belaku.bau hasil penapaian adalah berbau masam seperti cuka. Hasil keseluruhan menunjukkan bahaswa bahan-bahan  telah teroksida.
  


8. Adakah etanol boleh digunakan sebagai bahan api kenderaan? Jelaskan jawapan anda.

Boleh, kerana pembakaran yang lengkap tiada jelaga, lebih bersih,mengurangkan pencemaran.di jadikan sebagai bahan bakar alternatif. Mudah di perolehi daripada sisa-sisa tumbuhan dan amat efektif.








8.    PERBINCANGAN


Tujuan eksperimen yang dijalankan adalah untuk   menyediakan sampel etanol dan menguji sifat kimia etanol. Bahagian A iaitu menyediakan sampel etanol. Bahan dan radas telas disediakan.bahan yang digunakan adalah 20g sebuk glukosa dan dicampurkan dengan 150cm3 air suling di dalam kelalang kon. 10g yisdicampur dengan air suam yang bersuhu 37ᵒC.Air bersuhu 37ᵒC digunakan kerana suhu tersebut adalah paling sesuai untuk  tidakbalas yis. Sukatan yis dan gula ditimbang dengan berhati-hati . Langkah berjaga-jaga juga dibuat semasa menyukat isipadu yis dan glukosa.seterusnya campuran larutan glukosa dan yis di tutup dengan penutup getah yang disambung dengan salur kaca ..Hujung salur kaca di sambung pada sebuah tabung uji yang mengandungi air kapur..Air kapur digunakan kerana ia adalah penguji karbon dioksida.Langkah berjaga-jaga dilakukan dengan memastikan bahawa  hujung salur penghantar sentiasa direndam dalam air kapur
  Setelah dibiarkan seketika didapati gelembung-gelembung udara keluar daripada salur kaca pada air kapur.Warna air kapur berubah dari jernih menjadi keruh. Ini menunjukkan bahawa karbon dioksida telah dihasilkan akibat pengoksidaan yis dan glukosa.Seterusnya radas disimpan selama beberapa hari untuk melengkapkan proses penapaian. Hasil penapaian dihidu dan di dapati bau nya masam seperti cuka. Seterusnya hasil penapaian dituras menggunakan kertas turas dan corong turas. Langkah berhati-hati dilakukan semasa menuang campuran larutan ke dalam corong turasan dengan memastikan bahagian bawah yang ditinggalkan. Ini adalah untuk mengelakkan proses turasan dan penyulingan mengambil masa yang lama untuk dijalankan.kertas turas hendaklah dilibat dengan sempurna sebanyak 8 kali lipatan untuk mendapatkan hasil yang baik. Basahkan kertas semasa meletakkan kertas turas di dalam corong turas untuk memastikan kertas turas dalam keadaan yang baik.

Hasil turasan seterusnya digunakan untuk penyulingan berperingkatetanol.. Langkah berhati-hati dilakukan dengan menyediakan bikar  500 cm³ untuk mengisi air kukusan bagi tujuan meletakkan kelalang kon iaitu hasil kutipan etanol.dan air kukusan bagi meletakkan  kelalang bulat yang diisi dengan etanol daripada pemanaasan secara  terus memandangkan larutan tersebut mudah terbakar. Radas kemudian dipasang dengan berhati-hati kerana radas radas-radas terdiri dari bahan yang mudah pecah. Salur getah dipasang dengan betul pada condenser liebig iaitu, bahagian bawah adalah saluran air masuk dan dibahagian atas adalah laluan air keluar. Air di pasang berterusan sepanjang eksperimen dijalankan untuk menyejukkan wap air dan mengelakkan wap air terbebas keluar dan mengurangkan hasil etanol  yang dikumpul. Pastikan bahawa air telah  air telah penuh dalam kondenser,sebelum  api penunu bunsen dinyalakan.Kondenser digunakan adalah untuk menukarkan wap hasil peringkat kepada cecair.  Air yang dialirkan berterusan akan menyejukkan condenser dan membolehkan proses kondensasi iaitu perubahan wap air kepada cecair.
Termometer yang dipasang pada kelalang bulat adalah bertujuan untuk menyukat suhu  mengikut bacaan yang telah ditentukan pada 78ᵒC hingga 80ᵒC.. Semasa memasang thermometer tersebut, langkah berhati-hati dibuat agar termometer  tidak pecah dan memastikan bahawa bebuli termometer berada betul-betul di bahagian mulut salur kondenser. Ini adalah kerana wap air yang di hasilkan daripada pemanasan etanol   betul-betul  terkena pada bebuli termometer.Hasil kutipan adalah  etanol yang tulen adalah jernih dan tidak berwarna. Baunya manis dan harum.Hasil etanol tulen seterusnya hendaklah segara di tuang untuk ujikaji pembakaran etanol, kerana ia cepat terbakar dan meruap di dalam udara.
Pada eksperimen  seterusnya, mengkaji pembakaran etanol, 10cmᶟ . Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan kerana etanol adalah mudah terbakar. Untuk mendapatkan hasil dan keputusan yang tepat, ujian pembakaran sebaik-baiknya dilakukan pada tempat yang gelap. Dan bebas daripada angina.Langkah berjaga-jaga juga dilakukan dengan memastikan bara kayu uji tidak termasuk ke dalam larutan etanol.Pemerhatian terhadap warna api, kejelagaan dan kemudahbakaran dicatatkan.Didapati, warna api adalah biru, ini menunjukkan api nya sangat panas, tidak berjelaga dan sangat mudah terbakar.
Bagi eksperimen pengoksidaan etanol, 10cmᶟ larutan kalium dikromat(VI)  KCrO₇, 10 titis asid sulfirik pekat  dan 3cmᶟ etanol, digunakan. Larutan kalium dikromat dan asid sulfirik  pekat digunakan kerana bahan tersebut dapat membantuproses pengoksidaan etanol.Larutan disukat dengan berhati-hati mengikut ukuran yang betul. Semasa menuang larutan sulfirik pekat,langkah berjaga-jaga perlu diambil kerana larutan tersebut sangat berbahaya apabila terkena anggota badan yang akan mengakibatkan melecur. Radas disediakan untuk memanaskan campuran larutan. Larutan dipanaskan dalam kukus air bagi mengelakkan pemanasan secara terus kerana larutan tersebut sangat mudah terbakar. Larutan dibiarkan sehingga mendidih. Keputusan yang diperolehi mendapapati warna larutan berubah daripada perang/jingga kepada warna kuning kehijauan. Baunya juga wangi, manis dan harum.
            Kelemahan yang berlaku semasa menjalankan eksperimen adalah, masa pemanasan agak terlalu lama..Tenaga haba yang tinggi dan masa yang lama digunakan untuk memecahkan molekul-molekul  yang tersusun kompleks. Proses turasan juga memakan masa yang agak lama. Alternatifnya adalah menyediakan lebih daripada satu penuras.dan kertas turas diganti apabila air turasan agak perlahan turun. Semasa api menyala di dalam mangkuk pijar ,telah berlaku percikan-percikan api.Ini kerana bara dari lidi telah termasuk ke dalam mangkuk pijar tersebut.Oleh yang demikian ,semasa menyalakan hasil sulingan hendaklah sentiasa memastikan bara daripada lidi tidak masuk ke dalam mangkuk pijar tersebut. sudah lama disimpan.Kekotoran-kekotoran yang terdapat pada condenser liebig hendaklah dibersihkan supaya tidak menganggu keputusan eksperimen.
        Cadangan eksperimen yang lain boleh dilakukan dengan menggunakan buah-buahan yang dihancurkan sepert nenas, pisang , betik dan sebagainya menggantikan glukosa dengan mengikut semula langkah-angkah eksperimen yang telah dijalankan .


9.    KESIMPULAN

                Daripada eksperimen yang telah dijalankan menunjukkkan bahawa etanol adalah cecair yang mempunyai bau yang tajam.  Etanol mudah terbakar dengan nyalaan biru untuk menghasilkan karbon dioksida dan air.  Salah satu kaedah yang digunakan untuk menyediakan etanol adalah melalui proses penapaian glukosa. Apabila glukosa dicampurkan dengan yis, dan dibiarkan selama beberapa hari, proses penapaian berlaku. Etanol dan gas karbon dioksida terhasil. Apabila etanol dioksidakan ,akan menghasilkan asid etanoik iaitu sejenis asid karbosilik Untuk mendapatkan keputusan yang menunjukkan bahawa etanol yang tulen dapat dihasilkan. Langkah-langkah eksperimen telah diikuti dan dijalankan. Langkah pertama adalah menjalankana proses penapaian glukosa Tindakbalas berlaku apabila larutan glukosa di campur dengan yis mengikut sukatan yang betul.Suhu air adalah 37C kerana suhu tersebut adalah paling sesuai untuk tindakbalas yis. Hanya 10g yis digunakan kerana dengan penambahan yis,akan menambahkabnn lagi proses pembuakan yang berlaku.
 Tindakbalas semasa penapaian di antara larutan glukosa dan yis  menghasilkan etanol dan gas karbon dioksida.  Air kapur akan menjadi keruh apabila gas hasil tindakbalas proses penapaian di uji. Namun etanol yang dihasilkantidak tulen.  Untuk mendapatkan etanol yang lebih tulen, proses penyulingan berperingkat dulakukan .hasil kutipan etanol tulen dikutip pada suku 78c hingga 80C. Hasil sulingan (etanol ) yang dihasilkan berbau harum  dan manis.Oleh kerana itu ia amat sesuai dijadikan sebagai bahan pelarut minyak wangi.
Dalam tindakbalas pengoksidaan, kalium permaganat digunakan.Tindakbalas di antara etanol dan kalium permaganat akan menghasilkan aldehid dan kemudiannya asid karboksilik iaitu asid etanoik.sifat lain bagi etanol adalah tindakbalas Kumpulan –OH iaitu etanol bertindakbalas dengan logam natrium untuk menghasilkann garam dan membebaskan hydrogen.manakala apabila etanol ditindakbalas dengan asid etanoik, ester akan terhasil.tindakbalas ini di namakan tindakbalas pengesteran.hasilnya adalah berbau wangi atau bau buah-buahan.tindakbalas etanol yang seterusnya adalah tindakbalas penyingkiran air…penyingkiran air berlku apabila etanol dipanaskan bersama asid sulfirik pekat.       
Untuk menguji sifat kimia etanol , hasil kutipan telah diuji dengan menggunakan kayu uji berbara. Hasil ujikaji menunjukkan bahawa etanol adalah larutan yang mudah terbakar. Nyalaan berwarna biru dan tidak berjelaga. Oleh sebab itu, ethanol juga sesuai adalah salah satu altenatif dijadikan bahan api kenderaan. Ia lebih mesra alam kerana menggunakan baha-bahan atau sisa-sisa tumbuhan.  Ia juga mengurangkan pencemaran udara kerana pembakarannya tidak menghasilkan jelaga.  Di luar Negara penggunaan etanol sebagai bahan api amat berleluasa. Penggunaan terbesar etanol sebagai bahan bakar motor dan bahan tambahan bahan api. Brazil mempunyai industri bahan api etanol terbesar negara. Gasolin yang dijual di Brazil mengandungi sekurang-kurangnya 25% etanol anhydrous. Etanol Hydrous (kira-kira etanol 95% dan 5% air) boleh digunakan sebagai bahan api dalam lebih daripada 90% daripada kereta baru yang dijual di negara ini. Etanol Brazil dihasilkan daripada tebu .
Etanol juga boleh digunakan sebagai bahan api roket, dan kini sedang dalam perlumbaan pesawat berkuasa roket ringan.  Australia menggunakan Ethanol tulen yang diperoleh daripada sisa tebu sehingga 10% dalam kereta. Etanol sebagai bahan api mengurangkan pelepasan berbahaya  karbon monoksida,  oksida nitrogen, dan lain-lain bahan pencemar pembentukan ozon.







.
RUJUKAN



Buni bin Sunade,Eng Nguan Hong,2001, kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kimia Tingkatan5, Zeti Enterprise. Batu Pahat.Johor,
Eng Guan Hong,1988, Kimia Moden Tingkatan 5. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.Johor Bahru,Johor.
2011,Kemahiran Bestari Amali Sains tingkatan 5. Pan Asia Publications Sdn Bhd.Subang Jaya.selangor,
John McMurry,2004. International Student Edition Organic Chemistry.Bookcole.Singapore,
Ramli bin Ibrahim, 2000,Asas Kimia,Uni-Ed Publications Sdn.Bhd.Puchong.Selangor,



Lots of Love~~Onnie Pijey